NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) semalam mendakwa menteri industri dan bekas naib presiden Venezuela Tareck El Aissami atas kesalahan melanggar sekatan, dua tahun selepas melabelnya sebagai raja narkotik kerana mendakwanya melindungi penyeludup dadah.
Aissami, sekutu rapat Presiden Nicolas Maduro dan ahli perniagaan Samark Lopez Bello didakwa bersama di New York atas tuduhan melanggar sekatan AS dengan menggunakan jet peribadi untuk menghadiri mesyuarat di seluruh dunia.