4 singa Asia di Singapura positif Covid-19

Iklan
Empat ekor singa di Singapore Night Safari disahkan positif Covid-19 selepas menunjukkan gejala ringan termasuk batuk, bersin dan lesu. (Gambar hiasan) - Foto 123RF

SINGAPURA - Empat ekor singa di Singapore Night Safari disahkan positif Covid-19, lapor The Straits Times pada Selasa.

Menurut Perkhidmatan Haiwan & Veterinar (AVS), empat singa Asia di safari itu menunjukkan gejala ringan termasuk batuk, bersin dan lesu pada 6 November.

Iklan
Iklan

AVS, agensi di bawah Lembaga Taman Negara telah melakukan ujian tindak balas berantai polimerase untuk virus Sars-CoV-2 ke atas sampel singa berkenaan dan mendapati keempat-empatnya positif virus itu.

Seekor singa Afrika di Zoo Singapura juga telah menunjukkan simptom yang sama pada 8 November dan sampelnya juga sedang diuji.

Iklan

Haiwan tersebut mungkin dijangkiti virus daripada kakitangan Mandai Wildlife Group yang menguruskan operasi taman berkenaan yang positif Covid-19, menurut laporan itu.

Berikutan itu, AVS telah mengeluarkan arahan kepada Mandai Wildlife Group supaya mengasingkan kesemua sembilan singa Asia dan lima singa Afrika di kandang masing-masing. Ini termasuk empat singa Asia dan seekor singa Afrika yang bergejala.

Iklan

AVS bekerjasama dengan kumpulan itu untuk memantau rapat kesihatan singa berkenaan dan akan turut melakukan ujian ke atas sampel singa yang lain. - Bernama