Projek Ternakan Lembu Pedaging

Iklan

Sebahagian daripada 30 peserta mula menanam rumput spesis napier yang khusus untuk dijadikan makanan lembu pedaging di tapak Projek Ternakan Lembu Pedaging yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) di Kampung Merembeh iaitu sebuah perkampungan kaum Bidayuh di daerah Bau dekat sini.

Selain daripada mendapat panduan serta khidmat nasihat dari JPVS bagi penanaman rumput napier dan juga pembinaan kandang ternakan tersebut, kerajaan Sarawak turut akan membekalkan sejumlah 150 ekor baka lembu di mana 120 ekor dibekalkan secara pawah atau pinjaman melalui Program Pawah Lembu dan 30 ekor lagi secara geran melalui Program Geran Baka Ternakan. - Foto Bernama.

Iklan
Iklan