Pemuda didakwa bunuh adik ipar perempuan

Iklan
Gambar hiasan

PASIR MAS - Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana di dakwa membunuh seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dipercayai adik iparnya pada hujung Oktober lalu.

Tertuduh yang berusia 30 tahun berkenaan memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai buruh didakwa membunuh seorang remaja perempuan pada 29 Oktober lalu antara jam 8 hingga 9 pagi sebuah rumah di Kampung Apa-Apa, Bunut Susu, di sini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan
Iklan

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.