Zahirkan penyatuan UMNO, Pas

Iklan
HANAFI MAMAT
PASIR MAS - Penyatuan UMNO dan Pas perlu dizahirkan secara jelas khususnya diperingkat akar umbi demi kepentingan agama, bangsa dan negara termasuklah masyarakat berbilang kaum yang lain bagi memastikan keharmonian terus subur.

Bekas Setiausaha UMNO Kelantan, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, penzahiran itu bagi membolehkan penyokong UMNO dan Pas mengetahui secara jelas hala tuju penyatuan kedua-dua parti terbesar Melayu-Islam itu.

"Saya berpandangan ia perlu disegerakan. Jalinan kerjasama ini boleh diterjemahkan menerusi pembentukan jawatankuasa khas di peringkat bahagian dan kawasan antara kedua-dua parti.

Iklan
Iklan

"Bukan itu sahaja, saya lihat tidak salah seandainya UMNO dan Pas mula menjalankan aktiviti secara bersama-sama di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kerjasama yang mulai wujud antara UMNO dan Pas ketika ini.

Iklan

Menurutnya, beliau cukup yakin jalinan kerjasama UMNO dan Pas itu akan disambut oleh rakyat.

Katanya, boleh dikatakan hampir 90 peratus rakyat sudah dapat menerima jalinan kerjasama kedua-dua parti itu.

Iklan

Hanafi yang juga Ahli Dewan Negara berkata, penyatuan UMNO dan Pas dilihat tidak memberikan kesan kepada kaum bukan bumiputera di negeri ini.

Katanya, kebanyakkan bukan bumiputera di negeri ini adalah penyokong UMNO dan Pas.

"Mereka pastinya sudah dapat menilai kerana telah biasa dengan kedua-dua parti itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hanafi menempelak kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan penyatuan UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu bersifat kurang ajar dan rasis.

Katanya, sebagai menteri kanan Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Saya amat dukacita dengan kenyataan itu. Guan Eng perlu mohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut," katanya.