UAV mini, dron cadangan perolehan baharu mantapkan Ops Benteng

Iklan
Ikmal Hisham

KUALA LUMPUR - Sebanyak 84 unit pesawat tanpa pemandu (UAV) mini antara cadangan perolehan baharu bagi memantapkan lagi elemen perisikan, pemantauan dan pengawasan Ops Benteng tahun hadapan, Dewan Rakyat dimaklumkan pada Rabu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, selain itu, kerajaan bercadang membuat perolehan 33 unit dron pelbagai guna dengan kos kedua-dua aset berkenaan dianggarkan bernilai RM2.72 juta.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kerajaan turut bercadang membuat perolehan aset bantuan peralatan operasi termasuk empat unit night vision binocular untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia, 18 outdoor action camera (Tentera Udara Diraja Malaysia), 63 ground tactical camera serta 30 walkie-talkie (Tentera Darat).

"Insya-ALLAH dengan kesinambungan kejayaan Ops Benteng, untuk tahun 2022 kerajaan akan memperuntukkan sejumlah bajet untuk memperoleh peralatan kegunaan Angkatan Tentera Malaysia untuk tingkatkan keupayaan kawalan sempadan negara,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Iklan

Beliau menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) yang ingin tahu cadangan perolehan aset untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan negara tahun hadapan.

Mengenai keberkesanan Ops Benteng, Ikmal Hisham berkata, hingga 31 Oktober lepas, seramai 16,229 pendatang tanpa izin ditahan dan 3,666 lagi yang cuba membolosi sempadan negara diusir.

Iklan

Selain itu, beliau berkata, operasi yang dilancarkan sejak 12 Mei tahun lepas berkenaan turut berjaya mengekang aktiviti penyeludupan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM668.47 juta melibatkan barang-barang terlarang, kenderaan dan barangan peribadi. - Bernama