PH akur keputusan mahkamah tolak batalkan PRN Melaka

Iklan
Adly Zahari

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) Melaka mengambil maklum mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman terhadap proses, prosedur dan fakta pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, pihaknya akur dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PH Melaka berterima kasih kepada barisan peguam atas semua usaha dan sumbangan yang diberikan.

"Sehubungan itu, peluang terakhir rakyat Melaka adalah melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 20 November ini.

Iklan

"Saya merayu kepada semua rakyat untuk turun mengundi bagi memastikan demokrasi dan hak rakyat dalam menentukan kepimpinan negeri ini terus terpelihara," katanya ketika ditemui di Pejabat Amanah Melaka, di Bukit Baru, pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bekas Ketua Menteri Melaka itu gagal mencabar keabsahan pembubaran DUN Melaka, dalam usaha membatalkan PRN Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini.

Iklan

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin dalam penghakimannya berkata, proses membuat keputusan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bagi membubarkan DUN tidak boleh dipertikai.

ARTIKEL BERKAITAN: Adly gagal cabar pembubaran DUN Melaka