Pusat Pemindahan Sementara MPTI kembali dibuka

Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan mangsa banjir di Changkat Jong. - Foto ihsan APM Perak.

TELUK INTAN - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap kembali dibuka bagi menempatkan 41 mangsa banjir di sini pada Rabu.

Belum pun sampai 24 jam, PPS berkenaan ditutup sekitar jam 3 petang pada Selasa selepas 21 mangsa membabitkan lapan keluarga dari Lorong Kedah, Lorong Sidang Osman dan Kampung Baru Batu 8 sebelum ini dibenarkan pulang selepas banjir surut sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, lapan keluarga dari Batu 7 1/2, Lorong Mesra, Changkat Jong di sini dipindahkan selepas rumah mereka pula dinaiki air setinggi 0.3 meter.

"Mangsa yang dipindahkan terdiri lapan lelaki, lapan wanita serta 15 kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan.

Iklan

"Banjir kilat berlaku akibat limpahan air Sungai Sungkai Mati dan Sungai Sungkai Hidup yang turut disusuli hujan lebat,” katanya.

Menurutnya, pemantauan berkala dilakukan di lokasi kerana keadaan cuaca mendung dan air banjir masih belum surut sepenuhnya.

Iklan