Himpunan ICERD bukan rasis

Iklan
TUAN IBRAHIM

Sekiranya tidak ditolak, ia beri kesan kepada seluruh negara

Pembangkang menafikan tindakan meneruskan himpunan besar-besaran menentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai sengaja menimbulkan kekacauan antara kaum.

TUAN IBRAHIM
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, himpunan ICERD bukan soal kaum, sebaliknya melibatkan isu negara.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan tidak menolak ICERD, implikasinya sangat besar terhadap struktur Perlembagaan Persekutuan.

"Saya nafikan. Ini bukan soal pertembungan kaum, contohnya kalau isu melibatkan Bumiputera, ia tidak melibatkan Cina dan India.

"Ini bukan soal kaum tapi soal asas pembentukan negara. Hal ini kerana semasa kita terima pembentukan negara berdasarkan kontrak sosial, jadi perlu dipertahankan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, sepanjang 60 tahun negara merdeka, tiada masalah perkauman berlaku kecuali insiden 13 Mei 1969.

"Kalau negara kita boleh berjalan dengan baik, Cina, India, Bumiputera dan lain-lain dapat hak masing-masing, jadi kenapa harus ganggu? Kalau kita terima juga ICERD seolah-olah kita sengaja hendak menggoyangkan asas negara.

"Jika kita akui tiada masalah, kenapa kita undang masalah dan keduanya kenapa kita hendak menyerahkan tuntutan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap pemerintahan negara.

"Apa-apa pun terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah menolak ICERD,” katanya.