JUARA Euro, Itali terpaksa melupakan khidmat Ciro Immobile dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Eropah menentang Switzerland dan Ireland Utara selepas mengalami kecederaan betis.
Pengendali Itali, Roberto Mancini sebelum ini memilih penyerang Lazio itu yang juga pendahulu senarai penjaring terbanyak Serie A dengan 10 gol dalam 11 penampilan, dalam skuad Azzurri untuk dua perlawanan terakhir Kumpulan C.
Bagaimanapun Persekutuan Bola Sepak Itali berkata, pemain berusia 31 tahun itu akan meninggalkan kem pasukan kebangsaan selepas mengalami kecederaan, dengan Mancini memanggil penyerang Sassuolo Gianluca Scamacca menggantikannya.
Immobile sebelum ini membalas kritikan terhadap prestasinya untuk bersama menyertai Itali, yang gagal memenuhi piawaiannya untuk mendapatkan gol dalam Serie A.
Immobile menjaringkan 15 gol dalam 54 penampilan pasukan kebangsaan, dengan gol terakhirnya untuk Azzurri adalah ketika membelasah Switzerland 3-0 pada Jun, perlawanan kedua kumpulan dalam kempen Euro 2020 disifatkan sebagai berjaya.
"Saya tahu jumlah yang saya hasilkan untuk kelab saya tidak sama dengan yang saya ada bersama Itali dan saya tidak akan menafikan bahawa kritikan yang saya terima sedikit menyakitkan saya,
"Sungguh menyedihkan kerana saya tidak dilayan seperti pemain lain, seolah-olah saya bukan salah seorang daripada 26 pemain di Euro dan itu bukan kritikan, itu hanya rasa dengki.” kata Immobile
Untuk rekod, Itali yang berstatus pendahulu kumpulan Itali akan menyambut kunjungan Switzerland di Stadium Olimpico di Rom pada Jumaat dengan 14 mata dengan dengan baki dua perlawanan dalam misi menuju ke Qatar 2022, mengharapkan kemenangan sebelum menentang Ireland Utara di Windsor Park tiga hari kemudian.