Sarawak United mara suku akhir

Iklan
Pemain Penang FC, Rafael Vitor Santos Parafita (kanan) cuba mengawal bola daripada pemain Sarawak United FC, S Veenod pada perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak United FC dan Penang FC di Stadium UiTM) hari ini.

NAIB juara Liga Premier, Sarawak United meneruskan pengembaraan dongeng ke saingan suku akhir Piala Malaysia dengan status naib juara Kumpulan A setelah tewas 1-2 kepada Penang FC di Stadium UiTM, Shah Alam malam ini.

Anak buah E Elavarasan terlebih dulu menggegarkan gawang The Panthers menerusi jaringan Christie Jayaseelan seawal minit ketujuh perlawanan.

Iklan
Iklan

Skuad Tomáš Trucha bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan apabila Jafri Firdaus Chew meledak gol lima minit kemudian sebelum Amer Azahar melebarkan lagi kedudukan pelawat menerusi pada minit ke-43.

Sementara itu di Kuantan, Kuala Lumpur (KL) City FC kendalian Bojan Hodak mengekalkan momentum positif saingan Kumpulan A dengan kemenangan 1-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pelawat terpaksa menunggu penghujung babak kedua untuk merobek gawang Kuala Lumpur City hasil jaringan Zhafri Yahya pada minit ke-83 untuk keputusan 1-0.