PKP popularkan Eizan's Bakery

Iklan
Norhaizan (tengah) bersama pekerjanya menunjukkan kek dan kuih yang dihasilkan di Eizan's Bakery.

SEREMBAN - Siapa sangka, perniagaan yang bermula secara kecil-kecilan di rumah kini mampu melebarkan sayap perniagaan yang lebih luas apabila berjaya membuka sebuah premis berasaskan kek dan roti di Seremban 2.

Kedai Eizan's Bakery Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya usahawan bumiputera itu mula beroperasi secara rasmi pada April lalu, setelah hampir lapan tahun menjalankan perniagaan di rumah.

Iklan
Iklan

Berbekalkan semangat dan kecekalan untuk memenuhi cita-cita yang lama terpendam, akhirnya pemilik Eizan's Bakery, Norhaizan Razak,42, berjaya membuka sebuah kedainya sendiri, dengan hasil simpanan titik peluh yang diusahakan sejak 2013 di rumah.

Menurut Norhaizan, tatkala negara dilanda pandemik Covid-19 pada tahun lalu, permintaan terhadap tempahan makanan terutamanya kek, roti dan kuih sangat menggalakkan.

Iklan

Malah katanya, dia tidak cukup tangan untuk menyiapkan semua tempahan, terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

"Semasa PKP lalu, permintaan terhadap kuih, kek dan roti sangat mendadak, walaupun ada individu yang perniagaannya terjejas pada waktu itu, tetapi bagi saya syukur alhamdulillah, rezeki tempahan pada musim PKP sentiasa ada.

Iklan

"Bermula dari situlah, saya mula menyatakan hasrat kepada suami untuk membuka sebuah kedai berasaskan kek dan roti, bagi membolehkan saya membuat tempahan dalam kuantiti yang lebih banyak, selain menyediakan makanan dengan lebih teratur dan bersistematik,” katanya kepada Sinar Harian.