Lebih 22 juta populasi dewasa Malaysia lengkap vaksin

Iklan
Sejumlah 97.5 peratus atau 22,838,338 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

KUALA LUMPUR - Seramai 22,248,737 individu atau 95 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Rabu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman CovidNow, sejumlah 97.5 peratus atau 22,838,338 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Sejumlah 131,240 dos vaksin harian telah diberikan pada Rabu melibatkan 37,689 suntikan dos lengkap; 7,650 menerima dos pertama dan 85,901 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,804,374.

Setakat Rabu juga 2,442,373 atau 77.6 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 86.6 peratus atau 2,725,876 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 731,635. - Bernama

Iklan