BAITULMAQDIS - Seorang pekerja bantuan kemanusiaan warga Sepanyol mengaku bersalah di sebuah mahkamah tentera Israel pada Rabu kerana menggunakan pertubuhannya bagi membantu sebuah kumpulan yang menentang rejim Zionis.
Pekerja itu, Juana Rashmawi membuat pengakuan itu sebagai pertukaran untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.
Iklan
Iklan
Rashmawi mengaku bersalah ekoran peranannya menjadi penyumbang dana kepada Pembela Popular Untuk Pembebasan Palestin (PFLP).
Wanita itu turut memberitahu bahawa pertubuhannya, Jawatankuasa Kesatuan Kerja Kesihatan merupakan satu badan awam untuk PFLP, menurut satu kenyataan Israel.
Ditangkap pada April lalu, pengakuan itu menyebabkan dia bakal menerima hukuman 13 bulan penjara dan denda AS$16,000 (RM66,624).
Pertubuhan Rashmawi itu telah diharamkan di Israel pada tahun 2020.
Bagaimanapun, hukuman ke atasnya akan dijatuhkan pada 17 November ini. - Agensi