Pemuda PH Perak menegaskan tidak wujud sebarang agenda bagi membuat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagaimana yang hangat diperkatakan ketika ini.
Ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, perkara berkenaan adalah polemik politik yang ditimbulkan bertujuan mewujudkan rasa tidak selesa atau kurang senang dalam kalangan rakyat.
Malah, katanya, perkara berkenaan dilihat sebagai cubaan mengalihkan isu melibatkan Presiden Umno serta ahli tertinggi parti berkenaan yang dalam dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
"Setiap kali Sidang Dun, pasti isu ini berbangkit. Kalau benar nyatakan secara berdepan siapakah Exconya, kita nak tengok keberanian mereka."Bagaimanapun, kami tetap berikan tumpuan kepada agenda dan tumpuannya adalah kepada pembentangan belanjawan PHPerak 2019," katanya pada sidang media, semalam.

Hasnul Zulkarnain (duduk, tengah) pada sidang media semalam.