'Pejuang tak sokong sesiapa dalam PRN Melaka' - Tun M

Iklan
Dr Mahathir - Foto Bernama

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menegaskan pihaknya tidak menyokong sesiapa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka telah mengumumkan bahawa tidak akan turut serta dalam PRN tersebut.

Iklan
Iklan

Tambahnya, ada sesetengah pihak cuba untuk mengaitkan Pejuang dan dirinya dengan individu tertentu yang bertanding sebagai calon Bebas.

"Ingin ditegaskan sekali lagi, Pejuang dan saya tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka jauh sekali meletakkan calon proksi.

Iklan

"Saya harap dengan penjelasan ini tidak ada lagi sesiapa yang akan cuba kaitkan saya, mahupun Pejuang dengan mana-mana calon yang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis,

Pada 25 Oktober lalu, Pejuang kekal pendirian tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Iklan

Dr Mahathir berkata, Pejuang juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik yang menyertai PRN tersebut.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my