Anwar cadang anjur debat terbuka

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar satu debat terbuka dapat dianjurkan oleh kerajaan kepada calon-calon Ketua Menteri dari parti yang bertanding di Melaka.

Menurutnya, cadangan tersebut adalah langkah terbaik dalam melonjakkan nama Malaysia sebagai negara demokrasi yang sihat dan matang.

Iklan
Iklan

"Saya mencadangkan agar satu debat terbuka dianjurkan antara calon-calon Ketua Menteri dari PH, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang bertanding di Melaka.

"Saya yakin cadangan ini adalah wahana terbaik dalam melonjak nama Malaysia sebagai contoh negara demokrasi yang sihat dan matang,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai hasrat kerajaan yang menyatakan kesediaan untuk memberi ruang berkempen sama rata kepada semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Anwar berkata, beliau juga menyambut baik malah mengalu-alukan hasrat kerajaan yang menyatakan kesediaan untuk memberi ruang berkempen sama rata kepada semua calon termasuk yang ditonjolkan PH di saluran media rasmi kerajaan.

Iklan

Pada Rabu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuka ruang kepada semua calon PRN Melaka berkempen menerusi saluran televisyen (TV) dan radio rasmi kerajaan.

Menurut Annuar, perincian perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak berkaitan terutama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan keputusan muktamad akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my