MELAKA - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan yang dimasukkan ke Hospital Besar Melaka sejak Ahad lepas akibat jangkitan Covid-19, kini dalam keadaan stabil, dan masih dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan.
Anaknya, Norhalis, 35, ketika dihubungi berkata, bapanya mula batuk-batuk Ahad lepas dan membuat ujian pengesanan di sebuah hospital swasta sebelum disahkan positif, dan dia disyaki mendapat jangkitan itu dari anggota keluarganya.