Chong Wei hasrat belanja isteri siakap 'kayangan'

Iklan
Chong Wei dan Mew Choo ketika majlis perkahwinan mereka pada 2012. - Foto Facebook Chong Wei

SHAH ALAM - Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berhasrat membelikan ikan siakap ‘kayangan’ dari Langkawi kepada isterinya, Datin Wong Mew Choo sempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka tahun ini.

Chong Wei turut berkongsi perancangannya di Facebook beliau pada Khamis untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 mereka tahun hadapan dengan lebih romantis di sebuah pusat peranginan terkenal dunia.

Iklan
Iklan

"Selamat ulang tahun kesembilan, isteriku. Tahun depan 10 tahun ya? Mari rancang ulang tahun romantis ke-10 tahun dengan harapan situasi Covid-19 semakin pulih. Saya sudah mengimpikan Bora Bora atau Tasik Louise.

"Ulang tahun kesembilan tahun ini agak sederhana sikit tapi saya akan membelikan awak ikan siakap dari Langkawi," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Pada 5 November, tular di media sosial sekeping bil yang memaparkan harga hidangan ikan siakap mencecah ribuan ringgit didakwa di sebuah restoran di Langkawi.

Selain itu, Chong Wei turut menceritakan pengalamannya melamar Mew Choo di Gold Coast, Australia buat kali pertama.

Iklan

"Saya tidak pernah tahu bagaimana untuk bermimpi hinggalah saya bertemu awak @wongmewchoo.

"Beberapa tahun lalu apabila saya melamar awak di Gold Coast, ia satu saat paling gementar dalam kehidupan saya. Lebih gan-jiong (pinjam sikit ayat Tan Boon Heong) berbanding final Olimpik. Lebih gan-jiong berbanding mengambil keputusan SPM.

"Saya berlatih ucapan itu banyak kali dan apabila saya membuka mulut, ia masih tergagap-gagap dan tidak senada. Tidak selaras langsung,” ujarnya.

Tambah Chong Wei, lebih menakutkan apabila isterinya itu hanya mendiamkan diri selepas mengajukan soalan untuk bersama dengannya.

"Adakah saya tidak terlalu cukup bagus buat awak? Adakah saya tidak cukup tampan buat awak? Saya lihat di cermin setiap hari, bukan Andy Lau tapi boleh cari makan ma muka saya. Tapi mujurlah, selepas lama berdiam diri, awak menangis dan berkata ya! Kita berpelukan dan menangis bersama, seribu lautan.

"Hingga ke hari ini, saya masih mencubit diri sendiri. Tidak boleh percaya kita sebenarnya bersama. Dengan dua anak lelaki yang tampan. Tidak sabar untuk meniti hari tua bersama. Berjalan seiringan,” katanya.

Chong Wei berkata, beliau juga telah berjanji dengan kedua ibu bapa Mew Choo untuk menjaganya setelah berkahwin.

"Saya akan menunaikan janji itu. Saya akan mencuri matahari dari langit untuk anda, jika anda mahu saya lakukan,” ujarnya.