Amalan LGBT tidak akan diterima di negara ini: Mujahid

Iklan
Dr Mujahid Yusof Rawa. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

KUALA LUMPUR - Kerajaan menegaskan bahawa amalan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kerajaan juga tidak akan mengiktiraf perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti mana yang ditegaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan
Iklan

"Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak pada hari ini yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang salah di sisi agama Islam.

"Kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini dan mana mungkin, kita mengiktiraf suatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook, hari ini.

Iklan

Hari ini, himpunan yang diadakan di ibu kota oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Hari Wanita Antarabangsa dicemari dengan kehadiran kira-kira 1,000 penyokong LGBT.

Perserta himpunan itu berarak dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek sambil membawa sepanduk dan plakad.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong LGBT berarak tuntut hak di ibu kota

Pada masa sama, Mujahid berkata, tindakan lanjut mengenai himpunan tersebut diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Saya serahkan kepada KDN yang mempunyai kuasa perundangan untuk bertindak," katanya.