Mengaku salah amang seksual anak saudara usia 5 tahun

Iklan
Tertuduh (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Khamis atas dakwaan mencabul kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada Mac lalu.

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan ke atas seorang penganggur kerana melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan Mac lalu.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 45 tahun mengaku salah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia lima tahun yang juga anak saudaranya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Batu Tiong, Dungun antara jam 6 hingga 7 pagi pada 13 Mac 2021.

Iklan

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh di dakwa mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan masa yang sama pada 14 Mac 2021.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan manakala hukuman penjara berjalan serentak bermula tarikh tangkapan pada 22 Mac 2021.

Iklan

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan selama setahun selepas selesai hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.