Jangan buat pembakaran terbuka: Bomba

Iklan
Azlimin Mat Noor

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembakaran terbuka sepanjang musim panas ini bagi mengelak berlaku kebakaran yang menjejaskan alam sekitar.

Pengarahnya, Azlimin Mat Noor berkata, faktor cuaca yang terlalu kering dan berangin menyebabkan kebakaran cepat merebak sekiranya tidak dikawal secara berhemat selain menyukarkan kerja-kerja mengawal dan memadam api.

Iklan
Iklan

"Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu selain dikhuatiri boleh memusnahkan kediaman jika ia berhampiran dengan kawasan pembakaran terbuka itu.

"Jadi, kita mengingatkan supaya orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka pada musim kering ini bagi mengelak sebarang kemungkinan kebakaran yang tidak terkawal terutama di kawasan tanah gambut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

egas Azlimin, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan individu yang didapati melakukan pembakaran secara terbuka.

"Sekiranya mendapati individu yang masih berdegil melakukan pembakaran terbuka, kami tidak akan teragak-agak akan melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar agar diambil tindakan undang-undang," katanya.

Iklan

Selain itu, Azlimin berkata, sikap orang ramai terutamanya perokok yang suka membuang puntung rokok merata-rata ditempat awam juga dikesalkan kerana perbuatan itu boleh menyebabkan kebakaran, apatah lagi ketika cuaca panas dan kering.

"Siapa sangka bara api puntung rokok boleh menyebabkan kebakaran terutamanya di kawasan rumput kering.

"Kebakaran mudah berlaku ketika cuaca panas dan kering, jadi disarankan kepada perokok agar sama-sama mengambil tindakan betul dengan membuang puntung rokok di tempat sepatutnya," katanya.