BEKAS kapten Liverpool, Steven Gerrard diumumkan sebagai pengurus baharu Aston Villa bagi menggantikan Dean Smith yang dipecat pada minggu lalu.
Gerrard yang mengemudi kelab Rangers merangkul kejuaraan Liga Perdana Scotland musim lalu menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah.
Iklan
Iklan
"Pengurusan Aston Villa gembira dan berbesar hati melantik Steve sebagai ketua jurulatih kami yang baharu. kami harap dia mampu membawa perubahan besar dalam pasukan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Villa, Christian Purslow.
Dalam pada itu, Gerrard melahirkan rasa teruja apabila dapat kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tidak sabar untuk memulakan tugas baharunya.
"Aston Villa adalah sebuah kelab yang kaya dengan sejarah bola sepak di England. Saya sangat berbangga kerana diberikan kepercayaan sebagai pengurus kelab ini," ujarnya.