KOTA KINABALU - Wartawan Sinar Harian muncul pemenang anugerah perak pada Anugerah Wartawan Alam Sekitar Kategori Wartawan Akhbar pada Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2021 Peringkat Negeri Sabah diadakan secara dalam talian pada Khamis.
Norasikin Daineh memenangi anugerah itu menerusi berita ‘Lebih 1,000 Tangki Sisa Buangan Terjadual Disita’ dan ‘JAS Sabah Sedia Gempur 60 Kilang’, manakala anugerah emas menjadi milik Ketua Biro Bernama Sabah Fadzli Ramli dengan rencana berjudul ‘Sabah Tingkat Usaha Pembangunan Mampan Industri Kelapa Sawit’.
Anugerah Gangsa pula di menangi Rafiqah Dahali daripada NSTP dengan berita ‘3.44kg Sampah Dikutip Di Pantai Goronggon’ yang dirasmikan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.
Anugerah Wartawan Alam Sekitar Kategori Wartawan TV menyaksikan anugerah emas dan perak dimenangi wartawan Jabatan Penyiaran iaitu Maria Isek dengan laporan ‘Inovasi Kitar Semula Plastik’, dan Sharon Raymond Kisil dengan laporan ‘Inovasi Buggy Solar’ dan ‘Inovasi Mikro Hidro’, dan anugerah gangsa dimenangi Safira Monadzra Sarip dari RTM Sabah dengan laporan ‘Pusat Lestari Kota Kinabalu’.
Sementara itu, Bangkuai ketika berucap merasmikan sambutan itu berkata alam sekitar, ekosistem dan manusia saling bergantungan antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan justeru usaha perlu digerak bagi memastikan kesemuanya dipelihara.
"Setiap anggota masyarakat harus sedar pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar patut menjadi teras dalam diri, jika semua anggota masyarakat bertanggungjawab memainkan peranan dan bekerjasama selamatkan alam sekitar, pastinya alam sekitar kita dapat dipelihara sepenuhnya,” katanya.
Turut diadakan sempena sambutan itu ialah Webinar Environmental Impact Assessment (EIA): Perancangan Ke Arah Pembangunan Lestari bagi memberikan pendedahan dan maklumat kepada orang ramai mengenai kepentingan prosedur EIA dalam merancang pembangunan lestari. - Bernama
Berikut merupakan senarai pemenang pertandingan diadakan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2021 Peringkat Negeri Sabah:
Anugerah Wartawan Alam Sekitar Kategori Wartawan Akhbar
Emas: Fadzli Ramli - Bernama
Perak: Norasikin Daineh - Sinar Harian
Gangsa: Rafiqah Dahali - NSTP
Anugerah Wartawan Alam Sekitar Kategori Wartawan TV
Emas: Maria Isek - Jabatan Penyiaran
Perak: Sharon Raymond Kisil - Jabatan Penyiaran
Gangsa: Safira Monadzra Sarip - RTM Sabah
Pertandingan Pengumpulan Household EWaste Antara Pihak Berkuasa Tempatan
Pertama: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Kedua: Majlis Daerah Penampang
Ketiga: Majlis Perbandaran Sandakan
Keempat: Majlis Daerah Beaufort
Kelima: Majlis Daerah Sipitang
Pertandingan Fotografi Alam Sekitar
Pertama: Mohd Ezwan Salleh
Kedua: Lee Wan Chen
Ketiga: Mohd Nurazmeel Mokhtar
Pertandingan Buku Skrap Digital Alam Sekitar Sekolah Rendah
Pertama: Alya Natasha Ismail - SJK(C) Sin Hwa
Kedua: Aleeya Syuhada Jamaluddin - SK Sepagaya
Ketiga: Chris Emmanuel Martin - SK St Patrick
Pertandingan Poster Digital Alam Sekitar Sekolah Menengah Bawah
Pertama: Owlen Dioe J.Palikat - SM Lok Yuk
Kedua: Aviegail Alexi J.Palikat - SM Lok Yuk
Ketiga: Raeef Aidan Fauzi Maktab Nasional Kingfisher
Pertandingan Poster Digital Alam Sekitar Sekolah Menengah Atas
Pertama: Lo Chee Cheng - SM Holy Trinity
Kedua: Christell Violett J.Palikat - SM Lok Yuk
Ketiga: Kam Yu Pei - SM Holy Trinity
Pertandingan Infografik Alam Sekitar Pelajar IPTA
Pertama: Roland Raymond Joe dan Franny Hozelly Handrie - Universiti Malaysia Sabah
Kedua: Mohd Shafiq Suardi - IPG Kampus Kent
Ketiga: Redona Patra Pasteur - Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu