Wanita UMNO kesal Hari Wanita dicemari kehadiran LGBT

Iklan
Dr Noraini Ahmad -Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO kesal apabila Hari Wanita Antarabangsa yang berlangsung di ibu negara hari ini dicemari dengan kehadiran penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kumpulan tersebut turut membawa bendera pelangi, sepanduk dan plakad menuntut hak mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, apa yang dikhuatiri adalah ia bakal menjadi punca kepada kerosakan institusi sosial yang lebih besar terhadap masyarakat di negara ini.

"Kami menggesa kerajaan PH agar tidak tunduk dengan apa sahaja desakan kumpulan LGBT ini.

Iklan

"Golongan LGBT mempunyai hak seperti rakyat Malaysia yang lain tetapi hak kerajaan PH ialah menghalang mereka dari melakukan aktiviti tidak bermoral," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan seramai 1,000 peserta yang menyertai perhimpunan tersebut berarak dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek sambil membawa sepanduk dan plakad.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong LGBT berarak tuntut hak di ibu kota

Mengulas lanjut, Noraini berkata, sekiranya LGBT diiktiraf dan bebas melakukan aktiviti songsang, maka mereka akan merasakan tindakan tersebut benar serta dilindungi undang-undang.

"Akibatnya, akan lahir pula generasi baru di kalangan mereka. Pada masa yang sama, golongan LGBT perlu faham kenapa majoriti rakyat di Malaysia menolak mereka.

"Ia berlaku kerana gaya hidup songsang yang diamalkan golongan ini bertentangan dengan norma masyarakat," katanya.