LGBT perlu ditentang, bercanggah Islam: Asyraf

Iklan
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak kerajaan bertegas dalam menentang kegiatan yang bercanggah dengan agama Islam.

Gesaan tersebut susulan perhimpunan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Hari Wanita Antarabangsa yang dicemari kehadiran penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Kuala Lumpur, hari ini.

Iklan
Iklan

"Zaman kerajaan PH yang bersungguh-sungguh mencanangkan ‘Malaysia Baharu’ sehingga semuanya nampak terbuka atas nama 'Kebebasan' dan 'Hak Asasi".

"Ia bukan sahaja memberi penghinaan kepada Islam dan Nabi Muhammad SAW malah golongan LGBT semakin berani menzahirkan perjuangan mereka secara terbuka di ibu kota. Prinsip Rahmatan Lil Alamin mesti ada batas dan sempadannya," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Iklan

Sehubungan itu, Asyraf memohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bersuara menentang penyimpangan seumpama itu.

Difahamkan, perhimpunan yang disertai 1,000 peserta itu berarak dari pusat beli-belah Sogo menuju ke Masjid Jamek sambil membawa sepanduk dan plakad.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong LGBT berarak tuntut hak di ibu kota

Amalan LGBT tidak akan diterima di negara ini: Mujahid

Wanita UMNO kesal Hari Wanita dicemari kehadiran LGBT