Bilik Gerakan PN di Telok Mas ditutup akibat Covid-19

Iklan
Notis penutupan dikeluarkan berikutan terdapat pengesanan kes Covid-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu. - Foto Astro Awani

TELOK MAS - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengeluarkan notis penutupan premis ke atas Pusat Gerakan Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, berkuat kuasa hari ini hingga 26 November.

Mengikut paparan yang dikongsikan kepada Astro AWANI, notis penutupan itu dikeluarkan berikutan terdapat pengesanan kes Covid-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu.

Iklan
Iklan

Selain itu, PN juga dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan alat pengesan suhu di premis berkenaan, yang merupakan bilik gerakan untuk calon mereka, Datuk Rafiq Naizamohideen.

Sementara itu, satu lagi notis telah dikeluarkan agar pengurusan premis terbabit mengenalpasti kontak rapat kepada kes terbabit, dan menyerahkan senarai itu kepada Pejabat Kesihatan Daerah.

Iklan

Selain itu, notis terbabit turut mengarahkan PN untuk menyediakan alat pengesan suhu serta mengemas kini maklumat SOP yang dikeluarkan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Sebarang kehadiran atau aktiviti berkaitan parti di premis yang diarahkan tutup, tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran Pengarah Kesihatan Negeri Melaka,” menurut notis itu lagi.- Awani

Iklan