Calon PH dikompaun RM4,000 pakai jaket lambang parti

Iklan
Kompaun yang dikeluarkan kepada calon PH di sebuah warung di Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah pada Jumaat.

MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Law Bing Haw dikompaun RM4,000 kerana kesalahan memakai jaket berlambangkan parti ketika bertemu orang ramai.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil yang mengesahkan perkara itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Iklan
Iklan

Beliau juga kecewa dengan tindakan itu yang dilihat lari daripada konsep demokrasi sebenar.

"Prosedur operasi standard (SOP) pada asasnya adalah untuk mengekang wabak. Jika calon tidak dibenarkan memakai baju lambang parti, kenapa dibenarkan pemasangan bendera logo parti?

Iklan

"Bagaimana nak berkempen? Jadi apa sebenarnya yang mahu dikekang, virus Covid-19 atau virus demokrasi, atau adakah mereka lihat demokrasi ini sebagai virus," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Menerusi notis yang dikongsikan beliau, kompaun berkenaan dikeluarkan di sebuah warung di Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah pada Jumaat.

Iklan

Kesalahan yang tertera dalam notis kompaun tersebut ialah 'menjalankan kempen PRN Melaka dengan cara calon memakai jaket berlambang parti PH'.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau bimbang SOP yang tidak mesra lapangan seperti ini akan diteruskan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

"SOP ini dirangka oleh mereka di meja mesyuarat bukan di lapangan. Penguatkuasaan berbanding realiti di lapangan amat jauh jurangnya," ujar beliau.