Jerman laung amaran awal

Iklan
Mueller (dua, kanan) meraikan jaringan ketika menentang Liechtenstein di Wolfsburg. - Foto AFP

JERMAN melaungkan amaran bahawa gergasi Eropah itu walaupun tanpa lima pemain utama, sudah cukup bersedia menggegar Qatar 2022 selepas membelasah Liechtenstein 9-0 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia di Volkswagen Arena, Wolfsburg.

Ini merupakan kemenangan terbesar buat pengendali baharu Hansi Flick selepas mengemudi pasukan tersebut dalam enam perlawanan sebelum ini ketika pelawat terpaksa beraksi 10 pemain selepas Jens Hofer dilayangkan kad merah minit kesembilan.

Iklan
Iklan

Tuan rumah yang tampil tanpa lima tonggak utama selepas pemain pertahanan Niklas Suele, positif Covid-19, menyaksikan Flick terpaksa melakukan perubahan taktikal terhadap pasukan yang sudah pun mengesahkan slot ke Qatar 2022.

Gol Die Mannschaft dalam perlawanan itu dijaringkan menerusi sepakan penalti Ilkay Gündoğan minit ke-11, gol sendiri Daniel Kaufmann (20'), Leroy Sané (22', 49'), Marco Reus (23'), Thomas Müller (76', 86'), Ridle Baku (80') dan jaringan sendiri Maximilian Göppel (89').

Iklan

Kemenangan ini membolehkan Jerman kekal di kedudukan teratas Kumpulan J dengan 24 mata, sembilan mata mengatasi pencabar terdekat Macedonia Utara.

"Ia adalah suasana yang hebat, ditambah dengan kehadiran para penyokong di sini dan kami juga tampil bermentaliti mahukan gol demi gol dalam perlawanan ini.

Iklan

"Jelas sekali, Liechtenstein yang kehilangan seorang pemain awal babak pertama, memudahkan lagi tugas para pemain Jerman mencipta peluang dan menjaringkan gol. Biarpun begitu perlawanan ini perlu dilihat dalam perspektif lebih besar kerana bukannya kami terpaksa berdepan lawan paling sukar dalam kumpulan ini,” kata Mueller.

Jerman bakal melabuh tirai kumpulan apabila dijadualkan menentang Armenia di Stadium Vazgen Sargsyan Republican pada Isnin.