BEIRUT - Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang menyediakan bantuan kemanusiaan bernilai AS$60 juta hingga AS$65 juta untuk disalurkan kepada 800,000 rakyat Lubnan.
Pengarah Eksekutif WFP, David Beasley yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya berharap bantuan tersebut dapat disalurkan dalam tempoh dua bulan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, bahawa pihaknya sentiasa berhubung dengan negara penderma dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan kewangan.
David Beasley dan delegasinya mengadakan pertemuan dengan Presiden Lubnan Michel Aoun di Istana Presiden Baabda, di Beirut, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Agensi Berita Rasmi Lubnan NNA.
Sementara itu, Presiden Aoun berkata, kadar kemiskinan di negara ini adalah kira-kira 74 peratus daripada jumlah penduduk dan mungkin mencapai 82 peratus jika langkah sewajarnya tidak diambil.
Beliau berharap WFP berjaya mencapai matlamatnya untuk membantu 1.6 juta rakyat Lubnan menjelang Mei.
Sejak penghujung 2019, Lubnan bergelut pelbagai cabaran domestik termasuk penurunan nilai mata wang, menyaksikan pound Lubnan kehilangan hampir semua nilainya berbanding dolar AS selain kekurangan bahan api dan ubat-ubatan. - Bernama