SUVA - Ratu Wiliame Katonivere pada Jumaat mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Fiji dalam satu majlis di Dewan Negara, lapor Xinhua.
Menurut media tempatan, Katonivere mengangkat sumpah di hadapan Speaker Parlimen Ratu Epeli Nailatikau, delegasi kerajaan, diplomat dan tetamu jemputan.