KKM kaji kod bar kit ujian kendiri Covid-19 dalam MySejahtera

Iklan
Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA - Penggunaan kod bar kit ujian kendiri Covid-19 dalam pelaporan di aplikasi MySejahtera, sedang dikaji Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ramai individu yang telah memperoleh kit ujian kendiri Covid-19 RTK air liur, namun tidak melaporkan keputusan sama ada positif atau negatif di aplikasi MySejahtera.

Iklan
Iklan

"Penjualan RTK antigen air liur kendiri melebihi lima juta tetapi tidak didaftarkan dalam MySejahtera. Masih rendah pelaporan itu mungkin mereka menyimpan (kit) itu,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr Kalai Peariasamy.

Iklan

Dr Noor Hisham berkata, KKM sangat menggalakkan pelaporan di aplikasi MySejahtera dengan memasukkan hasil ujian kendiri.

Beliau berkata, ketelusan dalam pelaporan adalah pada individu namun KKM akan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk melaporkan keputusan ujian kendiri.

Iklan

"Kita percaya kes negatif lebih banyak berbanding kes positif yang tidak dilaporkan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pada suatu ketika dahulu Malaysia melebihi nisbah positif ujian (TPR) yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau berkata, Malaysia merekod nilai TPR hampir mencecah tiga peratus, berikutan pengesanan kes positif di komuniti.

TPR kurang daripada lima peratus adalah petunjuk jangkitan Covid-19 terkawal di sesuatu lokaliti. - Bernama