The Bos Gaurus raih kemenangan pertama

Iklan
Pemain Perak, Muhammad Shahrel Fikri (dua, kiri) mengawal bola ketika menentang pasukan Pj City pada pertembungan Liga Super Malaysia di Stadium Perak, malam ini. - Foto Bernama

IPOH - Perak menamatkan kemarau kemenangan selepas menewaskan PJ City FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.

Jaringan tunggal The Bos Gaurus diperolehi menerusi sepakan penalti pada minit ke-39 disempurnakan pemain import, Wander Luiz selepas Mohd Nor Hakim Hassan dijatuhkan dalam kotak penalti.

Iklan
Iklan

Meskipun asakan demi asakan dilakukan ke gawang lawan, anak buah jurulatih Mehmed Durakovic masih buntu menambah jaringan.

Rembatan kencang Wander Luiz pada minit ke-51 berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Mohd Muhaimin Mohamad.

Iklan

Babak kedua menyaksikan pasukan pelawat beraksi garang mencari gol penyamaan.

Peluang terbaik PJ City FC muncul pada minit ke-89, namun tandukan cantik Sergio Paulo Nascimento disambut kemas penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim.

Iklan

Kehadiran bekas pemain kebangsaan, Safee Sali juga gagal membantu pasukan didikan K Devan apabila sepakan pada minit ke-70 tersasar dari gawang Perak.

Keputusan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Perak yang kini mengumpul enam mata memulakan kempen Liga Super dengan kekalahan 0-1 kepada JDT dan sekadar seri tiga aksi berikutnya bertemu Kedah (1-1), Felda United (1-1) dan Terengganu (1-1).