SEPANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut apabila dilanggar van sekolah yang dinaikinya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sebuah sekolah kebangsaan dihantar ke tadika tersebut sebelum pergi ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).