ALOR SETAR - Situasi banjir di Kedah semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan penurunan dengan 146 orang setakat 8 pagi Sabtu berbanding 161 orang petang Jumaat.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, kesemua mereka berada di tiga PPS di daerah Pendang dan Kubang Pasu.