KUALA LUMPUR - Sebanyak 79.3 peratus atau 2,495,444 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap diberi suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam pada Jumaat.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.7 peratus atau 22,854,725 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 95.2 peratus atau 22,278,477 individu telah lengkap divaksinasi.