Real Madrid ungguli senarai ranking kelab UEFA

Iklan
Real Madrid mengungguli senarai ranking kelab Liga Juara-Juara UEFA, menurut senarai diterbitkan di laman sesawang badan bola sepak Eropah itu.

REAL Madrid mengungguli senarai ranking kelab Liga Juara-Juara UEFA, menurut senarai diterbitkan di laman sesawang badan bola sepak Eropah itu.

Kelab popular itu telah menjuarai Liga Juara-Juara UEFA sebanyak 13 kali dengan kali terakhir pada 2018.

Iklan
Iklan

Selain itu, Real Madrid juga merupakan pasukan paling banyak menyertai perlawanan, melakar kemenangan, menghasilkan jaringan gol dan pungutan mata dalam sejarah kejohanan antara 1955 dan 2021, lapor Agensi Anadolu.

Pemenang kejuaraan enam kali Bayern Munich dari Jerman menduduki tempat kedua manakala juara lima kali Barcelona di kedudukan ketiga.

Iklan

Kelab Chelsea dari United Kingdom yang pernah merangkul dua kali kejuaraan Liga Juara-Juara pada 2012 dan 2021, tidak tersenarai dalam 10 teratas dan sekadar menduduki tangga ke-13.

Dua kelab Turki berjaya berada dalam senarai 50 teratas iaitu Galatasaray di tangga ke-25 dan Fenerbahce di kedudukan ke-50. - Bernama

Iklan