PORT DICKSON - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini bertindak pantas menyelamatkan seekor penyu yang tersesat di kawasan Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar pada Sabtu dan melepaskannya ke habitat asal.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohd Azri Abu Hassan berkata, penyu berusia antara tujuh hingga 10 tahun itu ditemui pekerja stesen janakuasa tersebut dan kemudian menghubungi APM Port Dickson pada jam 11.56 pagi.