Maqis Selangor tahan kontena susu kambing dari New Zealand

Iklan
Maqis Selangor menahan sebuah kontena membawa susu kambing dari New Zealand bernilai RM752,302.64 di Pelabuhan Klang Barat, Klang.

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menahan sebuah kontena membawa susu kambing dari New Zealand bernilai RM752,302.64 di Pelabuhan Klang Barat, Klang, dekat sini Khamis lepas.

Kontena yang membawa susu kambing seberat 15,057.4 kilogram ditahan susulan hasil pemeriksaan rutin dijalankan kira-kira jam 10.30 pagi mendapati tidak mempunyai permit import sah dikeluarkan oleh Maqis.

Iklan
Iklan

"Kesemua barang dagangan bernilai RM752,302.64 itu ditahan untuk tindakan lanjut,” menurut Maqis dalam kenyataan pada Sabtu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

Iklan
Iklan