Acah-acah tutup pintu elak dikesan beroperasi

Iklan
Antara pelanggan yang berkunjung ke sebuah pusat hiburan di Taman Molek pada malam Jumaat.

JOHOR BAHRU - Tindakan sebuah pusat hiburan di Taman Molek di sini cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menutup pintu depan dan belakang premis gagal apabila operasi mereka berjaya dihidu sebelum diserbu pada malam Jumaat.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam yang melakukan intipan sebelum serbuan dilakukan pada jam 10.30 malam dan selesai jam 12.30 tengah malam itu melibatkan dua pegawai dan 10 anggota dari Balai Polis Seri Alam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mendapati hanya individu tertentu dibenarkan masuk selain pelanggan meletakan kenderaan di belakang bangunan.

Jelasnya, taktik tersebut untuk menunjukkan bahawa tidak ada aktiviti hiburan di premis tersebut.

Iklan

"Kita telah memeriksa di bahagian belakang dan mengetuk pintu untuk dibuka tetapi diabaikan. Bagaimanapun kita dengar bunyi yang sangat kuat daripada dalam dan ada aktiviti hiburan yang sedang berlangsung.

"Apabila pihak polis berjaya masuk ke dalam kita mendapati seramai 55 individu berada di dalam premis ini melibatkan seorang penjaga premis dan empat pekerja manakala selebihnya adalan pelanggan membabitkan 32 lelaki dan 18 wanita," katanya ketika ditemui dalam serbuan itu.

Iklan
Anggota polis melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Molek pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Sohaimi berkata, salah seorang daripada pelanggan yang berusia 30-an merupakan individu yang dikehendaki dalam kes penipuan di Bukit Martajam pada tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak RM296,000 kompaun telah dikeluarkan polis Seri Alam pada malam itu.

"Tindakan yang diambil adalah kompaun sebanyak RM25,000 ke atas penjaga premis manakala pelanggan dan pekerja masing-masing dikompaun RM5,000 seorang dan individu yang gagal mengimbas MySejahtera pula dikenakan kompaun tambahan RM1,500.

"Kesemua individu yang ditahan merupakan warga tempatan dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk tindakan selanjutnya. Pihak polis tiada sebarang kompromi kepada mana-mana individu atau pengusaha pusat hiburan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP). Jika kita lihat sekarang ini pusat hiburan memang tidak dibenarkan beroperasi," jelasnya.