Santai Hujung Minggu

Iklan

Kanak-kanak menunggang kenderaan serba rupa bumi atau lebih dikenali all terrain vehicle (ATV) ketika beriadah bersama keluarga di Pantai Puteri hari ini.

Kenderaan ATV 70cc dengan kelajuan 55 kilometer sejam itu sesuai dipandu oleh kanak-kanak berusia antara 6 hingga 10 tahun. Bayaran dikenakan sebanyak RM15 untuk 15 minit.

Iklan
Iklan

Selain aktiviti menunggang ATV, aktiviti lain seperti memancing, berkelah, menunggang kuda, menunggng unta dan bermain buih belon juga terdapat di sepanjang persisiran pantai ini.

Melaka kini berada dalam tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli DUN menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala undi awal pula pada 16 Nov. - Foto Bernama.

Iklan
Iklan