Penggiat sukan dinasihat patuhi SOP, elak wujud kluster baharu

Iklan
Lian Ker (kanan) melawat sekitar tapak pameran sempena Majlis Pelancaran Pembukaan Semula Kiara Skatepark pada Sabtu. - Foto Bernama

PENGGIAT serta pemain sektor sukan dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mengelak wujud kluster baharu berpunca daripada aktiviti sukan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, semua pihak merangkumi individu yang melakukan aktiviti dan pemilik premis perlu bertanggungjawab serta memainkan peranan masing-masing dengan baik, memandangkan negara masih belum memenangi ‘peperangan’ terhadap pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Memang kita kena berhati-hati kerana kita belum selesai dari segi menangani Covid-19, kita masih mempunyai cabaran di hadapan. Jadi orang ramai perlu memberi perhatian dan lebih bertanggungjawab dengan mematuhi SOP.

"Kalau boleh kita tak nak ada kluster daripada kegiatan sukan supaya segala kegiatan dan aktiviti sukan dapat diteruskan dengan lebih rancak. Jika timbul kluster, akan menjadi masalah nanti,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran semula Kiara Skatepark di Kompleks Sukan Negara Bukit Kiara di sini pada Sabtu.

Iklan

Pada Sabtu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (Rt) di negara ini meningkat kepada angka 1.0, sekali gus mungkin menjadi tanda awal lonjakan kes positif wabak itu.

Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, nilai Rt 1.0 bermakna kes akan mendatar dan tidak menurun.

Iklan

Perkara sama turut dibangkitkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya pada Khamis lepas dan menggesa individu yang telah diberi janji temu dos penggalak Covid-19 supaya mengambil dos berkenaan. - Bernama