BOGOTA - COLOMBIA. 12 mangsa dilapor maut susulan nahas pesawat terhempas di Colombia, kata pihak berkuasa, semalam.
Ketika insiden, pesawat Douglas DC-3 milik Laser Aereo terbabit, dalam perjalanan dari bandar San Jose del Guaviare menuju ke Villavicencio.
Iklan
Iklan
Pihak berkuasa penerbangan melaporkan, pihaknya masih dalam proses mengenal pasti kesemua mangsa yang terkorban.
Dalam pada itu, juruterbang pesawat malang berkenaan dikatakan sempat melaporkan masalah teknikal sebelum terputus hubungan dan terhempas di bandar San Carlos de Guaroa, wilayah Meta.
Punca nahas masih lagi dalam siasatan. - BBC