Pegawai, anggota tentera India maut dalam serang hendap

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123F

NEW DELHI - Seorang pegawai dan empat anggota tentera terbunuh dalam satu serang hendap di timur laut India pada Sabtu.

Belum ada pihak mengaku bertanggung jawab melakukan serangan ke atas konvoi yang diketuai Kolonel Viplav Tripathi dari pasukan separa tentera Assam Rifles di daerah Churachandpur, Manipur.

Iklan
Iklan

Ketua Menteri Manipur, Nongthombam Biren Singh berkata, pasukan keselamatan sedang memburu penyerang terbabit.

Isteri pegawai tentera itu dan anak lelakinya turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Iklan

"Serangan ke atas Assam Rifles di Churachandpur, Manipur amat menyayat hati ia satu perbuatan terkutuk dan serangan pengecut.

"Saya ucapkan takziah kepada waris. Dalang serangan ini akan dibawa ke muka pengadilan tidak lama lagi,” kata Menteri Pertahanan, Rajnath Singh. - Bernama

Iklan