Kerajaan campuran: Idea hebat perkasa pemerintahan Melayu

Iklan

KUALA LUMPUR – Cadangan UMNO menghidupkan semula kerajaan campuran di empat negeri ditadbir BN dan Pas ketika ini dianggap sebagai idea kelas pertama yang pastinya akan memperkasa pemerintahan Melayu dalam kerajaan.

Penganalisis politik dan pakar ekonomi, Prof Dr Hoo Kee Ping berpendapat, sekiranya idea kerajaan campuran antara UMNO dan Pas ini berjalan lancar, tidak mustahil sayap pemerintahan dua parti ini mampu menakluki dua lagi kerajaan yang ditadbir Bersatu iaitu Kedah dan Perak.

Iklan
Iklan

"Idea kerajaan campuran ini sememangnya akan menguntungkan UMNO dan Pas, malah ia sekali gus memperlihatkan kekuatan pemerintahan Melayu dalam kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Kerajaan campuran yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ini bukanlah pertama kali, kerana sebelum ini pada tahun 1973 ketika di bawah Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein sudah mempraktikkan kerajaan campuran antara Perikatan dan Pas,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Ujarnya, dengan empat negeri yang ditadbir UMNO dan Pas, mereka berpotensi untuk melebarkan sayap pemerintahan kepada dua lagi negeri iaitu Kedah dan Perak yang dikemudi Bersatu.

"Idea kerajaan campuran ini memang sangat bagus, ini membuktikan meskipun kalah PRU14, mereka tidak terkubur dan bangkit menjadi kerajaan Melayu yang utuh,” katanya.

Iklan

Kee Ping menggelarkan, langkah bijak memberi nafas semula kepada kerajaan campuran ini sebagai ‘masterstroke’ yang bakal menguatkan pemerintahan Melayu di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadang bergabung di empat negeri

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO menyatakan cadangan mewujudkan kerajaan campuran di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis sudah dikemukakan kepada Pas, namun perkara ini masih pada peringkat cadangan sebelum perbincangan lanjut dibuat.

Katanya, pada peringkat UMNO jawatankuasa kerja sudah dibentuk dengan dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak sebagai penyelaras bersama jawatankuasa yang dibentuk Pas kelak.

"Saya dah bincang dengan Pas dan akan memulakan kerjasama kedua-dua parti ini dengan mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah bermula di Terengganu diikuti Pahang, Kelantan dan Perlis.

"Sementara di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara Pas, BN dan PH juga sedang teliti, sama ada untuk bersama (UMNO dan Pas) atau tidak,” katanya.