Empat guru tadika sesat ditemui selamat

Iklan
Empat wanita yang dilaporkan sesat di hutan ketika mendaki Bukit Pancang Tinagat, Tawau ditemui selamat oleh penduduk kampung.

TAWAU - Empat guru tadika yang dilaporkan sesat di hutan ketika mendaki Bukit Pancang Tinagat di sini, ditemui selamat oleh penduduk kampung pada tengah malam Ahad.

Semua mangsa dikenali sebagai Nurzalina Suani, 27; Dayang Noraisyah Faizal, 26; Sharmila Maksum dan Juliana Julasri masing-masing berusia 25 tahun ditemui pada jam 12.34 tengah malam.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stepen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8 malam Sabtu.

Menurutnya, kesemua mangsa dipercayai mendaki bukit berkenaan pada awal pagi Sabtu, namun mengalami masalah untuk mencari laluan keluar dari kawasan bukit.

Iklan

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terdiri daripada bomba, polis dan orang awam termasuk pasukan mendaki serta penduduk kampung.

"Semua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 1 pagi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan