KOTA KINABALU - Polis menahan 16 lelaki dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Imigresen dalam Op Sarang, semalam.
Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata operasi itu dijalankan di Kampung Kandang Ayam, Inanam dan Kampung Cenderamata 2, Likas.