Penulis legenda 'thriller', Wilbur Smith meninggal dunia

Iklan
Kebanyakan 49 hasil karya Smith berkisarkan tentang pengembaraan keluarga Courtney. - Foto: Agensi

CAPE TOWN - [DIKEMAS KINI] Penulis legenda dalam genre 'thriller', Wilbur Smith meninggal dunia pada usia 88 tahun kediamannya di Cape Town, Afrika Selatan pada Sabtu.

Pemergian beliau turut diumumkan menerusi akaun Twitter miliknya, namun tidak memberikan butiran lanjut tentang punca sebenar kematiannya.

Iklan
Iklan

"Dengan rasa dukacita, kami mahu memaklumkan, penulis 'global bestselling', Wilbur Smith menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Niso. Wilbur Smith merupakan seorang ikon berjiwa besar dan telah menurunkan hasil karya terhebat beliau kepada daripada satu generasi ke satu generasi.

"Ilmu pengetahuannya tentang Afrika dan imaginasi beliau tiada batasan. Etika kerja dan gaya penulisan beliau yang luar biasa serta elegan membuatkan Smith dikenali ramai," ujar ejen beliau, Kevin Conroy Scott yang telah berkhidmat bersamanya sejak 11 tahun lalu.

Iklan

Penulis hebat itu telah menjual lebih 140 juta naskhah buku dalam 30 bahasa sepanjang perjalanan karier sebagai penulis.

Novel pertama beliau berjudul 'When the Lion Feeds' yang diterbitkan pada 1964 merupakan 'instant best seller'.

Iklan

Kebanyakan 49 novel hasil karyanya berkisarkan tentang pengembaraan keluarga Courtney malah beliau menerbitkan buku terbaharu, 'Legacy of War' yang berlatarbelakangkan selepas era Perang Dunia Kedua sebagai sekuel kepada 'Courtney's War' pada awal tahun lalu.

Smith yang dilahirkan pada 9 Januari 1933 di Zambia juga pernah menghasilkan buku sejarah tentang Afrika Selatan sepanjang empat abad dari sudut pandang keluarga kulit hitam dan putih. - Agensi