Melaka negeri keutamaan bagi perkhidmatan 5G: Annuar

Iklan
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa (kiri) bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Paya Rumput Datuk Rais Yasin ketika sidang media selepas beramah mesra dengan penduduk setempat di Warung Gendang Gendut Tali Kecapi di Krubung Jaya, Melaka Tengah hari ini. - Foto Bernama

MELAKA - [DIKEMASKINI] Melaka akan diberikan keutamaan bagi perkhidmatan 5G memandangkan negeri berkenaan adalah negeri pelancongan serta mempunyai banyak pelabur luar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, sebelum perkhidmatan 5G dilancarkan, Melaka terlebih dahulu akan diperkasakan dan dilengkapkan dengan perkhidmatan 4G menerusi program ‘Point of Presence (PoP) Fiberisation’ yang diberikan keutamaan yang tinggi.

Iklan
Iklan

"Saya fikir Melaka harus menjadi kawasan keutamaan pertama dari segi melengkapkan 4G di Melaka, program ‘PoP Fiberisation’ mesti diberikan keutamaan yang tinggi dan pada masa ini di bawah program Jalinan Digital Negara (Jendela) seluruh Melaka kena tambah 35 lagi menara.

"Sekiranya ada di kawasan tertentu yang memerlukan menara tambahan saya akan berikan keutamaan kerana Melaka adalah negeri pelancongan, negeri yang banyak pelabur luar yang melabur di kilang-kilang dan perusahaan.

Iklan

"...di Melaka juga ada kemudahan prasarana termasuk pelabuhan dan juga lapangan terbang...ini bermakna Melaka memerlukan 5G,” katanya di sini pada Ahad.

Annuar berkata, bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna, ‘PoP Fiberisation bagi sekolah dan industri serta lima kilometer di sekitarnya juga diharap dapat dipercepatkan pelaksanaan penukaran daripada sistem ‘copper’ kepada sistem fiber optik.

Iklan

Bagi meningkatkan perkhidmatan capaian internet di Melaka ketika ini, beliau yang mengadakan lawatan secara rawak di beberapa tempat, sebelum ini telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (telco) untuk memasang ‘booster’ di banyak lokasi susulan penggunaan semasa yang tinggi.

"Jadi kita perlu melihat kepada penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. Untuk jangka pendek saya minta kerjasama SKMM dan telco untuk memasang ‘booster’ seberapa banyak di Melaka sebab calon-calon semua bergantung kepada kempen secara dalam talian.

"Dan untuk memudahkan itu, saya harap dapat kerjasama dari semua telco dan juga SKMM memasang ‘booster’ di seberapa banyak tempat supaya kualiti internet dapat ditingkatkan,” katanya. - Bernama