PH tidak benar penjualan pasir jika menang PRN Melaka

Iklan
Adly (tengah) bersama Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kie (kiri) dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Datuk Halim Bachik (kanan) ketika sidang media di Graha Amanah Melaka pada Ahad.

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak membenarkan penjualan pasir di negeri ini sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, bagaimanapun mereka akan memberi perhatian khusus berhubung pengurusan tambak laut dengan memastikan ia dilaksanakan secara berhemah sekiranya kembali memerintah negeri ini.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya penjualan pasir keluar dari Melaka tidak wajar dibuat. Yang (akan) kita benarkan adalah reklamasi bagi kegunaan Melaka itu sendiri.

"Sebab itu kawalan perlu dibuat dan pastikan sumber pasir kita adalah untuk reklamasi yang sedia ada bagi memastikan pembangunan hari ini dan masa depan tidak terganggu.

Iklan

"Apabila kita mendapat tanggungjawab untuk reklamasi ini, semua kajian harus dibuat berdasarkan keperluan dengan turut mengambil kira kelestarian alam," katanya ketika sidang media di Graha Amanah Melaka pada Ahad.

Beliau berkata, PH juga bakal mengkaji semua projek reklamasi tanah dan tambakan laut di negeri Melaka dengan teliti seandainya kembali menjadi kerajaan negeri.

Iklan

Katanya, pihak pelaksana perlu menyediakan perancangan serius bagi menghadapi kemungkinan hujan lebat bagi tempoh jangka panjang.

"Sebagai contoh, Projek Pembangunan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) akan dinilai semula pelaksanaannya secara keseluruhan.

"Pesisir pantai Melaka harus juga dinilai berdasarkan keselamatan di peringkat negara.

"Ia mesti memberikan impak positif kepada negeri tetapi dalam masa sama tidak boleh memberikan kesan alam sekitar yang terlalu besar kepada Melaka," ujar Adly.

Mengulas lanjut mengenai kolam takungan, jelasnya, projek tebatan banjir seperti di Sungai Duyung dan Alor Gajah sudah mahu dimulakan ketika PH mengambil alih kerajaan, namun tertangguh sehingga kini.

"Dengan adanya projek tebatan banjir, akan ada kolam takungan baharu yang harus dibina kerana ia juga boleh menyelesaikan masalah termasuk di kawasan tambakan laut," ujarnya.